JENAYAH KOMPUTER MAKIN SERIUS.

JENAYAH komputer profesional kini semakin meningkat mengakibatkan sektor korporat, bank dan agensi kerajaan berhadapan dengan ancaman besar jenayah berkenaan.

Kegiatan penjenayah siber canggih itu tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih AS$100 juta kepada sektor tertentu.

Dalam kajian tahunan keempat Institut keselamatan komputer (CSI), mendapati sektor berkenaan diancam jenayah komputer itu yang dihasilkan dari dalam atau luar organisasi.

Mengikut kajian itu, jenayah komputer dan pencerobohan keselamatan maklumat lain merupakan ancaman besar terhadap persaingan ekonomi Amerika Syarikat (AS) Serta undang-undang ruang siber.

Kajian yang dilakukan bersama antara CSI dan pasukan jenayah komputer San Fransisco (FBI), juga menunjukan bahawa kejadian itu turut membimbangkan sektor pengurusan kewangan kerana membabitkan kos.

Hampir satu per tiga daripada lebih 500 profesional keselamatan maklumat yang terbabit dalam kajian itu melaporkan pihak luar memasuki sistem komputer mereka beberapa tahun lalu, paling banyak melalui sambungan internet.

Manakala separuh daripada responden mengakui pencerobahan komputer menyebabkan kerugian kewangan yang mana 163 organisasi atau satu per tiga menyatakan mereka mengalami kerugian sebanyak AS$123 juta.

Kerugian paling serius menurut kajian itu terjadi melalui kecurian terhadap hak milik maklumat dan rasuah kewangan selain jenayah komputer lain merangkumi kecurian laptop dan sabotaj data.

Peningakatan itu menurut Pengarah CSI, Patrice Rapalus, menggambarkan penceroboh komputer sebagai remaja yang bosan dan inginkan sedikit keseronokan.

Dalam penemuan CSI juga mendapati peningkatan yang drastik dalam jumlah pencerobohan keselamatan komputer yang dilaporkan secara rasmi kepada pegawai perundangan, satu tanda bahawa masalah itu dihadapi dengan serius.

Mereka kini sudah menyedari mengenai masalah itu dan kebanyakannya mendapati perlunya membuat laporan untuk mengelak kemungkinan diceroboh.

Dipetik daripada akhbar berita harian (komputer).
Oleh,
Sue,