Mikrocip akan ganti suntikan dan pil.

Cip silikon satu hari nanti mampu menggantikan suntikan yang menyakitkan, pil yang sukar ditelan dan ubat-ubatan yang tidak mempunyai aroma yang menyegarkan.

Berbanding daripada melengkapinya dengan data, saintis merancang mengisi cip kecil tersebut dengan ubat.

Cip-cip tersebut kemudiannya boleh ditelan atau ditanamkan di bawah kulit manusia dan diaturcarakan untuk memberikan sejumlah kecil ubat-ubatan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Ia mungkin agak mustahil tetapi para penyelidik di Massachusetts Institute of Technology (MIT) berkata `pil bestari (smart tablet)' atau `farmasi-pada-cip boleh menjadi realiti tidak lama lagi.

Gambarajah sebuah mikrocip

"Ia merupakan satu sistem penghantaran ubat, tetapi ia juga boleh juga digunakan untuk apa jua perkara yang lain,," kata Dr Robert Langer.

Model prototaip yang beliau bangunkan bersama dengan John Santini dan Michael Cima mungkin satu hari nanti digunakan untuk memberikan ubat-ubatan kelegaan daripada kesakitan atau barah, dalam ujian-ujian diagnostik perubatan, dalam barangan perhiasan untuk mengeluarkan bau-bauan, atau dalam sebarang kapasiti untuk menghantar satu atau lebih sebatian kimia dalam jumlah tertentu pada waktu-waktu ditetapkan.

Malah tidak mustahil kemungkinan mencipta mikrocip yang boleh diletakkan di dalam set-set televisyen yang mampu melancarkan bau-bauan tertentu.

Babak-babak melibatkan lautan boleh diiringi dengan bau-bauan air masin atau taman-taman dengan aroma bunga-bungaan.

``Ini merupakan prototaip yang satu hari nanti akan menjadikan semuanya itu boleh berlaku," kata Langer, seorang professor kimia dan kejuruteraan biokimia di MIT.

Alat tersebut juga adalah yang pertama sekali yang membolehkan penyimpanan satu atau lebih bahan kimia dalam mikrocip dan pelepasan sebatian kimia mengikut keperluan.

Sebuah mikroprosesor, alat kawalan jauh atau biosensor boleh digunakan sebagai mekanisme penggera(trigger).

Dalam satu surat yang dikeluarkan dalam jurnal sains Nature on Wednesday, saintis menjelaskan bagaimana mereka menguji mikrocip keras sebesar duit 10-cent Amarika Syarikat.

Ia mempunyai 34 empangan sebesar mata jarum yang boleh menampung 25 nanoliter bahan kimia dalam bentuk pepejal, cecair atau jel.

Satu nanoliter sama jumlahnya dengan1/1,000,000,000(ribu juta)liter.

Para penyelidik itu berkata mereka boleh mengurangkan lagi saiz cip tersebut, sehingga 2 milimeter bergantung kepada kepenggunaannya.

Selain itu, potensinya untuk menampung lebih 1,000 empangan, malah beribu-ribu lagi, jika empangan tersebut dibuat lebih kecil.

"Bayangkan satu balang dengan ruang-ruang kecil.

Setiap ruang diisi dengan ubat atau kimia dan setiap satu dilitupi dengan emas.

Anda boleh,dengan alat kawalan jauh atau ia boleh juga diaktifkan sendiri, secara berasingan membuang mana-mana tutup emas berkenaan," jelas Langer.

"Sebaik sahaja anda membuang tutupnya, dan ia akan dilepaskan dengan serta-merta, semua kandungan ruang itu akan keluar seperti yang diperlukan." Satu manfaat cip tersebut ialah kosnya murah.

Langer dan pasukannya mencipta di dalam makmal penyelidikan mereka dengan harga kira-kira AS$20 sahaja, tetapi jika mereka mengeluarkannya secara besar-besaran, harga cip berkenaan pastinya akan lebih murah lagi.

Adalah masih terlalu awal untuk meramalkan bilakah cip tersebut akan dihasilkan dengan banyak, walaupun para penyelidik telahpun mempunyai dua paten dalam pertimbangan - paten AS mengenai fabrikasi mikrocip itu dan paten global meliputi semua aspek teknologi tersebut.

Langer dan rakan-rakannya berharap dapat menguji alat tersebut dalam ujian haiwan dan seterusnya pada manusia.

Mereka menggunakan emas dan garam sebagai bahan elektrod dan medium pelepasan, walaupun mereka telahpun membuat ujian mengenai plastik boleh musnah (degradable) dan bahan-bahan lain.-Reuters'/

Dipetik daripada akhbar utusan megabait,
Disusun oleh: Cik Fazrine bt Ahmad Zubir