S
E
R
A
T
A


S
E
R
A
T
A

S
E
R
A
T
A

RINGKASAN

Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah atau lebih dikenali sebagai SERATA, merupakan salah sebuah sekolah berasrama di Ipoh Perak Sekolah ini terletak di Jalan Raja Di Hilir berhampiran Istana Raja Di Hilir Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ghazali Jawi dalam usaha memperbanyakkan lagi sekolah agama di negeri Perak.Kini ia terletak di bawah naungan Jabatan Agama Islam Perak.

Sekolah ini dapat menampung seramai kira-kira 700 orang pelajar.Sebagai sebuah sekolah agama, pelajar di sekolah ini turut diajar matapelajaran Bahasa Arab dan Thanawi disamping matapelajaran lain.Sekolah ini mempunyai kira-kira 80 orang tenaga pengajar yang berdedikasi dibantu oleh beberapa orang kakitangan.Kini sekolah ini ditadbir oleh Puan Hajjah Halimah binti Abdul Samad.

Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan semua pelajarnya. Memandangkan semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama, lima blok asrama telah disediakan. Asrama-asrama itu dikenali dengan nama Asrama Putih, Asrama Biru, Asrama Kuning, Asrama Hijau dan Asrama Merah

Antara kemudahan yang disediakan ialah makmal sains, makmal bahasa, bilik kuliah, bilik multimedia, perpustakaan, gimnasium, bilik komputer, bilik pameran, bilik tayangan selain kemudahan-kemudahan asas lain. Ini menjamin kemaslahatan pelajar.

FALSAFAH SEKOLAH

"Selaras dengan falsafah pendidikan Islam, Pendidikan sekolah adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

TUJUAN DAN MATLAMAT SEKOLAH

    1. Membentuk pelajar beriman, berilmu dan beramal soleh.
    2. Membentuk pelajar berakhlak, berdisiplin serta bertnggungjawab.
    3. Melahirkan kesedaran diri, pengembangan potensi dan daya kreasi.
    4. Melahirkan pelajar yang sedia menerima perubahan, pengembangan rohani dan jasmani.
    5. Melahirkan pemimpin yang berjiwa Islam dan berwibawa.